Sabtu, 22 September 2012

INTERAKSI 3 MINGGU 8 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN







INTERAKSI 5 TAJUK 15 ; SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG


AKTIVITI :

  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

Berbincang tentang persediaan untuk mengadakan Seminar dan Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu.

Penilaian portfolio pelajar yang mengandungi tajuk-tajuk yang telah dipelajari.

INTERAKSI 5 TAJUK 14: BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakanuntuk menyimpan data dan atur cara komputer.

14.1 Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:


14.2 Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:

  • Puisi tradisional dan kesusasteraan
  • Latihan dan soalan
14.3 Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
JENIS CAKERA
Kesusasteraan
Cakera sastera seperti pantun, syair atau
cerpen pendek.

Tatabahasa
Cakera latihan tatabahasa.


PANDUAN MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT :
  • Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahari atau haba yang panas.
  • Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
  • Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat sebaliknya gunakan alat tulis seperti marker pen.
  • Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih.
  • Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
  • Pegang cakera padat dengan cara yang betul
  • Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan.



INTERAKSI 5 TAJUK 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU


13.0 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Animasi digunakan untuk memberi gambaran bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas.Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

13.1 Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Power Point

POWER POINTS
Perisian Powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutamanya dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikanpula, powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.

Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala, malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantukan Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikaitkan dengan animasi.


Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
Lebih kepada slide powerpoint sahaja























BIL
KANDUNGAN
HURAIAN

1
PICTURE
Gambar yang boleh diletakkan ke dalam Power Point
2
CLIP ART

mengandungi enjin pencari untuk mencari bahan atau gambar – gambar yang terdapat dalam komputer
3
SHAPE

mengandungi bentuk – bentuk untuk dimasukkan sebagai grafik dalam powerpoint.
4
SMART ART

mengandungi bentuk – bentuk  grafik yang menarik untuk kegunaan dalam powerpoint

5
CHART

mengandungi chart untuk menunjukkan hasil pengumpulan data dalam sesuatu bentuk yang jelas


Animasi powerpoint yang kedua merangkumi:
Lebih kepada penggunaannya kepada pergerakan slide powerpoint





13.2 Mencari, Mengumpul, dan Menyesuaikan Animasi daripada Internet
Maklumat boleh dicari dengan mencarinya di dalam enjin pencari.





PROSEDUR PENYEDIAAN PAPAN AYAT INTERAKTIF PENGGUNAAN ENJIN PENCARI UNTUK PENCARIAN VIDEO
Terdapat pelbagai enjin pencarian yang boleh digunakanan untuk mencari video antaranya google dan yahoo.
Guna kata kunci pada enjin pencarian youtube untuk mencari video.


Muat turun video yang sesuai dan simpan dalam satu folder.

Penggunaan Power Point Presentation untuk papan ayat interaktif.


Pilih layout yang sesuaicontohnya layout blank.


Masukkan background pada layout untuk dijadikan latar papan ayat interaktif

Masukkan video pada slide yang disimpandalam file.

Bina perkataan pada setiap papan berdasarkan video

Rakam suara menggunakan sound recorder dan simpan dalam folder.


  Gunakan hyperlink untuk memasukkan bunyi. Pilih perkataan pada papan dan pergi ke butang insert .Kemudiaan pilih action dan masukkan bunyi suara yang dirakam.





Penggunaan custom show untuk memainkankesemua slide dalam satu paparan sahaja. Pergi ke slide show dan pilih custom slide show.

Setelah siap kesemua slide papan ayat interaktif simpan papan ayat interakti fsebagai powerpoint show.



INTERAKSI 4 MINGGU 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


12.0 Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Alat pengarangan merupakan alat bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu, juaga alat pegarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis Alat Pengarangan

 


12.1 Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunanya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google docs ini boleh didapat dengan melayari :

 https://docs.google.com/

Google docs merangkumi :

Aplikasi :
  • Guru memberi tajuk karangan dan mengarahkan murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui.

12.2 Aplikasi Penyuntingan Bahan Bahasa Melayu dengan Menggunakan Alat Pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada Internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah berikut tersebut ialah :
(i) Mengumpul bahan dari Internet 
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan 
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan 
(v) Simpan maklumat atas talian



Jenis-jenis Alat Pengarangan

Adobe Flash Player
Ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara computer seperti pelayer web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.

Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada pogram pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vector dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu Action Script dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran penghargaan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama “Flash” boleh memaksudkan sekitaran pengarangnya, pemainnya atau fai-fail aplikasinya.

Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama Action Script (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks tanpa pemboleh ubah, Action Script telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan Java Script ( satu lagi bahasa penskripan barasaskan ECMAScript).

Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya danmenstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vector untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.

Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini player web (such as Mozilla Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer (IE)) di platformplatform terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam versi 10.[1].

COMIL
Bagi sekolah-sekolah di Malaysia alat pengarangan yang dicadangkan digunakan adalah alat pengarangan yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd iaitu ComIL. Untuk mempelajari alat pengarangan ini, pihak MIMOS telah menyediakan tutorial ComIL yang boleh didapati di www.comil.com.my . ComiL merupakan satu inovasi daripada MIMOS Berhad yang dibangunkan oleh pakar tempatan (MIMOS, tanpa tarikh). Ini bermakna ComIL merupakan pilihan terbaik untuk senario tempatan.

ComiL Intan ialah sebuah alat pengarangan multimedia yang pertama menggunakan antara muka Bahasa Melayu (MIMOS, tanpa tarikh). Ia adalah versi terbaru selepas Comil Zamrud. Menurut mereka, alat pengarangan ini amat menarik kerana ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. ComIL boleh difahami dan digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah sehinggalah orang-orang dewasa. Ia juga mampu memenuhi keperluan pembangun multimedia profesional.

Alat pengarangan ComIL ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada penggunanya untuk membina satu perisian multimedia yang interaktif. Melalui alat ini, guru-guru dan pelajar-pelajar boleh mencipta pelbagai bahan pengajaran dan persembahan multimedia dengan menggabungkan teks, grafik, video, animasi dan kesan bunyi yang menarik.

Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.

Kekuatan Alat Pengarangan COMIL
  • Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi.
  • Suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan.
  • Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL.
  • Kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain
  • ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus serta 
  • konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat pengarangan



Tugasan Power point mengenal Huruf Vokal

 
Muka depan

Objektif 


Tema


Set Induksi Menyanyikan  lagu huruf vokal


Langkah 1
Murid  menyebutkan nama huruf vokal













Langkah 2
Murid membaca perkataan yang bermula dengan huruf vokal yang ditunjukkan berpandukan gambar.




 Langkah 3
Membuat latihan bertulis mengisi tempat kosong dengan huruf vokal  yang bersesuaian dengan gambar.


Penutup
Menyanyikan semula lagu huruf vokal secara kumpulan sambil bertepuk tangan

Clik Tugasan Mengenal Huruf Vokal.ppt untuk mendapat "Power Point" Jika lagu tidak dapat di mainkan ini kerana ia tidak di link di dalam ptt melalui web.