Ahad, 12 Ogos 2012

Latihan Kata Sendi

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai:
terhadapuntukditentangsejak
daripadasepertipadadarike

1.Feri  ______________ Langkawi sedang berlabuh di jeti Kuala Kedah.
2.Amir hendak ____________  kedai membeli susu.
3.Calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) harus mengambil berat __________________ pelajaran menjelang peperiksaan.
4.``Jangan bermain __________________ tepi parit,'' pesan ayah.
5.Cikgu Rahimah memberikan penjelasan _____________ format baru peperiksaan UPSR kepada calon tahun ini.
6.Jam tangan itu dibuat_____________ emas tulen.
7.Wajah gadis itu berseri - seri __________puteri dari kayangan.
8.Hadiah hari jadi ini adalah ___________ buah hatinya.
9.Ahmad menyapu cat ________ dinding bilik.
10.Ali yatim piatu ______ berusia dua tahun.

Latihan 2
Jawab soalan objektif yang berikut:
1Jangan benci _________ anak-anak yatim dan orang miskin.
A.dari
B.daripada
C.terhadap
D.tentang
2Ali bercadang untuk mengulang kaji pelajaran ___________ subuh esok.
A.sejak
B.hingga
C.dari
D.dalam
3Lukisan oleh perlukis tersohor itu berkisar ___________keindahan Pulau Langkawi.
A.demi
B.tentang
C.terhadap
D.dari
4Segala harta kekayaan orang tua itu adalah ____________ anak-anaknya.
A.pada
B.kepada
C.dengan
D.untuk
5Beberapa tokoh telah dianugerahi pingat _________ Yang di-Pertuan Agong.
A.dari
B.dengan
C.oleh
D.daripada
6Setiap murid harus peka _________________ isu semasa.
A.oleh
B.akan
C.dari
D.daripada
7_________________ seorang bendahara, Tun Perak tidak pernah merngabaikan tugasnya.
A.sebagai
B.seperti
C.untuk
D.dengan
8_______________ pandangan pegawai pendidikan itu, rancangan dokumentri sangat sesuai ________________ tontonan seisi keluarga.
A.Pada.... dengan
B.Bagi......terhadap
C.Pada...... untuk
D.Untuk.....kepada
9_______________ dimarahi ibunya, dia hanya duduk ______________ rumah sahaja.
A.dari... ke
B.dengan... di
C.sejak... di
D.semenjak... dari
10Aminah sering mengutus surat ___________ Aishah ___________ mengingatkan kawannya itu supaya belajar bersungguh-sungguh.
A.daripada... bagi
B.bagi... untuk
C.pada... akan
D.kepada... untuk

Nota kata sendi

1.Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2.Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah:


dibagilaksanaantara
kedemisejakuntuk
daritentangterhadapdengan
daripadasepertiakandalam
padabagaiolehsampai
kepadaumpamahingga


3. Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.
4.Yang berikut ini ialah contoh panduan penggunaan kata sendi dalam ayat.


Kata SendiPenggunaannyaAyat Contoh
akan/kepada/terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap
1. Aminah sayang akan kucing itu.
2. Ya Allah, kepada-Mu, aku berserah.
3. Ali mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
1. Mereka baru pulang dari London.
2. Dia tidur dari petang semalam.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
1. Pasukan itu lebih hebat daripada pasukan lain.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada murid-murid sekolah.
diKata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Ibunya bekerja di sekolah itu.
2. Pengembara itu sesat di dalam hutan.
.3. Beg tangannya terletak di atas meja.
denganuntuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
1.Aminah ke kedai dengan suaminya
2. Di dapat memenangi pertandingan itu dengan usaha bersungguh-sungguh.
3. Ahmad menulis dengan pen.
4. Pendapatan bulanan ayah Ali sama dengan ayah Muthusamy..
hingga/sampaiuntuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
1. Dia bermain hingga lewat senja.
2. Pembawa obor sukan Olimpik itu berlari dari Johor Bahru sampai Changlun.
keuntuk tempat dan benda konkrit
1. Pada cuti penggal, ramai yang menuju ke Kuala Lumpur.
2. Gelas kaca itu terhempas ke lantai lalu  pecah berderai.
kepadamenunjukkan orang atau ganti diri
Kes jenayah berat itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan pelakuan pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Buku itu dibaca oleh Salmi
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masa
Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/umpama/bakuntuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti Sumo Jepun.
3. Hidung Aminah mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatu
Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.