13.0 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Animasi digunakan untuk memberi gambaran bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas.Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
13.1 Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Power Point
POWER POINTS
Perisian Powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutamanya dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikanpula, powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala, malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantukan Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikaitkan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
Lebih kepada slide powerpoint sahaja
BIL
|
KANDUNGAN
|
HURAIAN
|
1
|
PICTURE
|
Gambar yang boleh
diletakkan ke dalam Power Point
|
2
|
CLIP ART
|
mengandungi enjin
pencari untuk mencari bahan atau gambar – gambar yang terdapat dalam komputer
|
3
|
SHAPE
|
mengandungi bentuk –
bentuk untuk dimasukkan sebagai grafik dalam powerpoint.
|
4
|
SMART ART
|
mengandungi bentuk –
bentuk grafik yang menarik untuk
kegunaan dalam powerpoint
|
5
|
CHART
|
mengandungi chart
untuk menunjukkan hasil pengumpulan data dalam sesuatu bentuk yang jelas
|
Animasi powerpoint yang kedua merangkumi:
Lebih kepada penggunaannya kepada pergerakan slide powerpoint
13.2 Mencari, Mengumpul, dan Menyesuaikan Animasi daripada Internet
Maklumat boleh dicari dengan mencarinya di dalam enjin pencari.
PROSEDUR PENYEDIAAN PAPAN AYAT INTERAKTIF PENGGUNAAN ENJIN PENCARI UNTUK PENCARIAN VIDEO
Terdapat pelbagai enjin pencarian yang boleh digunakanan untuk mencari video antaranya google dan yahoo.
Guna kata kunci pada enjin pencarian youtube untuk mencari video.
Muat turun video yang sesuai dan simpan dalam satu folder.
Penggunaan Power Point Presentation untuk papan ayat interaktif.
Pilih layout yang sesuaicontohnya layout blank.
Masukkan background pada layout untuk dijadikan latar papan ayat interaktif
Masukkan video pada slide yang disimpandalam file.
Bina perkataan pada setiap papan berdasarkan video
Rakam suara menggunakan sound recorder dan simpan dalam folder.
Penggunaan custom show untuk memainkankesemua slide dalam satu paparan sahaja. Pergi ke slide show dan pilih custom slide show.
Setelah siap kesemua slide papan ayat interaktif simpan papan ayat interakti fsebagai powerpoint show.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan