Jumaat, 21 September 2012

INTERAKSI 2 TAJUK 5: MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

5.0 Sinopsis
Kandungan tajuk ini memberi panduan kepada para pelajar mengetahui prosedur, membina dan menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Sesawang bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

5.1 Hasil Pembelajaran
5.1.1 Membuat refleksi dan penilaian dalam membina tapak dan laman web.
5.1.2 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran untuk membina laman dan tapak.

5.3 Komponen Pembelajaran

5.3.1 Membina dan menggunakan Tapak Pembelajaran, 
Laman WEB Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam P&P Bahasa Melayu. Menurut Rosiadi. Et. all ( 2004 ) perkembangan teknologi dan ICT telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia termasuklah penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa cadangan am dan pecahan di dalamnya. Antaranya ialah:

5.3.2 Penghasilan bahan pengajaran yang baik dan berkesan
Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Dalam proses penilaian bahan pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan web beberapa faktor perlu dipertimbangkan.

Menurut Rosiadi et.all. ( 2004 ) terdapat beberapa soalan yang perlu diberikan
perhatian dan penekanan dalam penilaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web
iaitu:
i. Adakah mematuhi ciri-ciri bahan pembelajaran berbantukan komputer?
ii. Adakah “screen design issues” telah diambil kira?
iii. Adakah kaedah penyampaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web berkesan?

Bagi menjawab persoalan ( i) adalah perlu untuk kita mengetahui ciri- ciri pembelajaran berbantukan komputer. Antaranya adalah

5.3.3 Asas Pembinaan Tapak Pembelajaran
Untuk membangunkan satu program multimedia yang baik, kita mestilah mengikuti beberapa prinsip reka bantuk skrin seperti:

5.3.4 Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Tapak Pembelajaran boleh diwujudkan sama ada melalui perisisan Microsoft PowerPoint dengan capaian hyperlink atau melalui laman web atau blog secara capaian on-line internet.Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Sebagai panduan umum, tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah di bawah.






Cadangan Aktiviti
a) Berbincang tentang penyediaan tapak dan laman sesawang pembelajaran.
b) Membina tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan