Ahad, 12 Ogos 2012

Nota kata sendi

1.Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2.Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah:


dibagilaksanaantara
kedemisejakuntuk
daritentangterhadapdengan
daripadasepertiakandalam
padabagaiolehsampai
kepadaumpamahingga


3. Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.
4.Yang berikut ini ialah contoh panduan penggunaan kata sendi dalam ayat.


Kata SendiPenggunaannyaAyat Contoh
akan/kepada/terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap
1. Aminah sayang akan kucing itu.
2. Ya Allah, kepada-Mu, aku berserah.
3. Ali mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
1. Mereka baru pulang dari London.
2. Dia tidur dari petang semalam.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
1. Pasukan itu lebih hebat daripada pasukan lain.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada murid-murid sekolah.
diKata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Ibunya bekerja di sekolah itu.
2. Pengembara itu sesat di dalam hutan.
.3. Beg tangannya terletak di atas meja.
denganuntuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
1.Aminah ke kedai dengan suaminya
2. Di dapat memenangi pertandingan itu dengan usaha bersungguh-sungguh.
3. Ahmad menulis dengan pen.
4. Pendapatan bulanan ayah Ali sama dengan ayah Muthusamy..
hingga/sampaiuntuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
1. Dia bermain hingga lewat senja.
2. Pembawa obor sukan Olimpik itu berlari dari Johor Bahru sampai Changlun.
keuntuk tempat dan benda konkrit
1. Pada cuti penggal, ramai yang menuju ke Kuala Lumpur.
2. Gelas kaca itu terhempas ke lantai lalu  pecah berderai.
kepadamenunjukkan orang atau ganti diri
Kes jenayah berat itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan pelakuan pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Buku itu dibaca oleh Salmi
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masa
Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/umpama/bakuntuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti Sumo Jepun.
3. Hidung Aminah mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatu
Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan