Ahad, 8 Julai 2012

Latihan Tatabahasa : Kata Ganti Nama

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah. 

1.
“Silalah datang ke rumah ……………..malam ini,” kata Subashini kepada Malina.
 
A.
kami
B.
saya
C.
kalian
D.
kita

 

2.
“…………….semua mesti datang ke sekolah sebelum pukul 8.00 pagi,”  kata Cikgu Hashim.
 
A.
Engkau
B.
Awak
C.
Mereka
D.
Kamu

 

3.
“Saya menjemput…………………ke rumah kerana majlis pertunangan adik saya,” kata Munirah kepada semua rakan sepejabatnya.
 
A.
dia
B.
kita
C.

kalian

D.
mereka

 

4. Raja Muda itu sangat bijak kerana……………..rajin  membaca.
A.
dia
B.
beliau
C.
beta
D. baginda

 

5.
…………….…. telah berjaya mengalahkan pasukan sepak takraw dari negeri Kedah.
 
A.
Mereka
B.
Kamu
C.
Dia 
D.
Beliau


6.
“…………..suka makan mi rebus……..…..pula suka makan apa?” tanya Farah kepada Zaidah.
A.
Saya…….kita   
B.
Saya….kamu
C.
Kamu …..saya
D.
Aku ….dia

 


7.
Pengurus pasukan bola tampar akan menyingkirkan ……………pemainnya yang culas berlatih.
A.
siapa-siapa         
B.
mana-mana
C.
bila-bila                  
D.
apa-apa

 

8.
“Kalau sudi, jemputlah singgah ke teratak buruk ……………,” kata Tun Mamat kepada Bendahara Tun Perak.
A.
saya
B.
kita
C.
hamba
D.
patik

 

9.
“Saya terjumpa akan wang …..…………di ………………,” kata Ranjesh sambil menunjukkan arah Jalan Satu.
A.
itu … sini
B.
ini … itu
C.
ini … sini
D.
ini … situ

 

10.
“Kain sari ini bukan milik …………..tetapi milik ……………,” kata Sonia kepada Kajol sambil memegang kain sari kepunyaan Pooja.
A.
ku  … nya
B.
nya …kau
C.
ku   …mu
D.
mu …ku

 

11.
Para penonton kagum melihat persembahan……………….  bermain dengan senjata tajam.
 
A.
dia
B.
nya
C.
kau
D.
ia
 


12.
Tuan Haji Husnan dihormati kerana…………………pemimpin yang jujur.
A.
ia
B.

beliau

C.
nya
D.
mereka

 

13.
Yusuf telah menghabiskan kesemua kek itu kerana ……………sangat lapar.
A.
nya
B.
saya
C.

dia

D.
kita

 

14.
…………..…..yang tahu bahawa makanan ini telah tercemar pasti tidak mahu memakannya.
 
A.
Apa-apa
B.
Bila-bila
C.
Sesiapa
D.
Mana-mana
 

 

15.
Hubungilah pihak sekolah jika ada …………………… pertanyaan.
A.
mana-mana
B.
apa-apa
C.
siapa-siapa
D.
bila-bila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan